Anglesey – Pasukan penyelamat harus berjuang dengan keras untuk membebaskan seekor kucing yang terperangkap di pemprosesan sampah. Namun sebenarnya kucing tersebut adalah kucing mainan.
Sebelum ini pejalan kaki terperanjat apabila melintas di sebuah tempat pemprosesan dan mendengar suara kucing di dalamnya.
Mereka bimbang bahawa di dalam tong sampah tersebut adalah seekor kucing yang sedang hamil dan dikhabarkan hilang oleh pemiliknya.
Beberapa orang turut membawakan makanan kucing untuk memancing kucing tersebut agar keluar dari tempat sampah.
Namun usaha mereka tidak berjaya sehingga memaksa pihak bomba perlu dikerahkan untuk menyelamatkan kucing malang tersebut.
“Ketika kami tiba di tempat pemprosesan sampah tersebut kami masih mendengar kucing itu masih mengiau tetapi setelah kami membongkar mesin itu, kami hanya menemui seikat plastik mainan” ujar salah seorang pegawai seperti dipetik melalui The Sun
Setelah 12 jam usaha penyelamatan dilakukan akhirnya kucing mainan itu ditangkap oleh pemilik kedai haiwan. Sementara tempat pemprosesan sampah kini kembali beroperasi semula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan